Tahniah diucapkan kepada pasukan Musketeers FA (U12) yang telah dinobatkan sebagai JUARA bagi kejohanan Karnival Bola Sepak Bawah 12 Tahun (Jemputan) Piala Hari Kemerdekaan 2023.
Kejohanan ini dianjurkan oleh Akademi Bola Sepak SCOT Sandakan dengan kerjasama Kompleks Sukan Sandakan. Sebanyak tujuh (7) pasukan telah menyertai kejohanan yang mewakili lima (5) kelab bola sepak di Sandakan Sabah. Kelab-kelab jemputan selain dari penganjur ialah Musketeers Football Academy, Akademi Bola Sepak Remaja Sandakan, Nuri Junior Sandakan dan Borneo Putra Menggatal.
Di Kejohanan ini juga, pemain Musketeers telah dianugerahkan sebagai penjaring terbanyak iaitu adik NUR ASRAF ASNAWI (15 Jaringan)
Terima kasih kepada Coach Arif Tumin (Ketua Komunikasi), Coach Nisam Dandi & Coach Mohd Noor yang mengiringi dan membimbing pasukan ini.
Keputusan Penuh Kejohanan:
Johan : Musketeers Football Academy
Naib Johan : Akademi Bola Sepak Scot A
Ketiga Bersama : Akademi Bola Sepak Remaja Sandakan A & Borneo Putera
Keputusan Perlawanan
Musketeers 4-0 Borneo Putera
Musketeers 3-0 ABS B
Musketeers 1-0 ABRS A
Musketeers 3-0 NURI JUNIOR
Musketeers 2-1 ABS A
Musketeers 8-0 ABRS B
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur Akademi SCOT yang telah berjaya menganjurkan dengan jayanya. Penghargaan juga buat jurulatih, pengadil, pemain dan ibu bapa yang turun menyokong kejohanan ini.
Salam Kemerdekaan 2023.