Pada 23 Ogos 2023 bertempat di Dewan Podium Kementerian Belia dan Sukan Putrajaya, Musketeers Football Academy terlibat dalam Sesi Konsultasi Bajet 2024 Bersama Pemegang Taruh Sukan Malaysia. Sesi ini dihadiri sendiri oleh YB Hannah Yeoh Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Musketeers Football Academy diwakili oleh Tn Presiden En Hardy Pudar dan turut disertai oleh Presiden The Musketeers Malaysia En Nasir Zakaria. Semasa sesi ini, En Hardy Pudar diberi peluang untuk mengemukakan mengenai cadangan bajet sukan bagi tahun 2024 kepada Kementerian Kewangan. Semoga segala cadangan yang diutarakan oleh para pengiat industri sukan tanah air mendapat perhatian dan pertimbangan dari pihak kementerian yang terlibat.