MusketeersFA

PERBINCANGAN STRATEGIK TAMUBOLA & MUZIUM BOLA SEPAK MALAYSIA

UIAM Gombak, 4 Disember 2025 – Musketeers Football Academy terus mengorak langkah memperkukuh ekosistem bola sepak akar umbi apabila beberapa siri perbincangan strategik telah diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bersama Saudara Syam, pengasas Muzium Bola Sepak Malaysia.

Sesi perbincangan ini menjadi medan perkongsian pengalaman, idea dan aspirasi berkaitan dokumentasi sejarah, pembangunan komuniti serta masa depan bola sepak akar umbi di Malaysia. Daripada pertemuan ini, tercetus

satu ilham besar untuk mengangkat suara akar umbi melalui medium digital yang lebih dekat dengan masyarakat.

Hasil perbincangan tersebut, satu inisiatif baharu dirancang iaitu PODCAST TAMU BOLA, sebuah podcast rasmi Musketeers yang akan dihoskan oleh Saudara Syam dan dijadualkan bersiaran bermula tahun 2026. Podcast ini bakal menjadi platform perkongsian kisah sebenar bola sepak akar umbi, merangkumi program pembangunan komuniti, serta khidmat dan jasa bekas pemain profesional Malaysia yang telah menyumbang kepada landskap bola sepak negara.

Lebih membanggakan, perbincangan ini turut mengukuhkan keyakinan Musketeers bahawa idea membangunkan sebuah Galeri Bola Sepak di Sandakan adalah selari dengan konsep dan semangat Muzium Bola Sepak Malaysia. Inisiatif ini dilihat sebagai satu usaha berimpak tinggi untuk mendokumentasi sejarah, menghargai legasi pemain dan membina kesedaran generasi muda terhadap nilai serta perjuangan dalam bola sepak tempatan.

Kerjasama strategik ini mencerminkan komitmen Musketeers untuk bukan sahaja membangunkan pemain di atas padang, tetapi juga memelihara warisan, membina naratif dan menghubungkan komuniti melalui bola sepak — selari dengan falsafah “More Than Football” yang menjadi teras perjuangan akademi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *