Bangi, 6 Disember – Alhamdulillah, telah berjaya disempurnakan Siri Jelajah Musketeers Football Academy sempena penyertaan dalam Kejohanan Bola Sepak Akar Umbi PFAM (Professional Football Association Malaysia). Penyertaan ini mencatat sejarah tersendiri apabila Musketeers FA menjadi akademi pertama dari Sandakan yang menyertai kejohanan di luar negeri Sabah.
Seramai 10 orang pelatih telah terpilih mewakili Musketeers bagi edisi sulung ini. Penyertaan ini bukan sekadar kejohanan, tetapi sebuah pengalaman bermakna yang membuka ruang kepada anak-anak akar umbi untuk merealisasikan impian bermain di luar Sabah dan menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur buat pertama kali.
Musketeers berasa amat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan yang memungkinkan impian kecil ini menjadi kenyataan — sebuah langkah awal yang membina keyakinan, keberanian dan aspirasi besar dalam diri para pelatih.
Penghargaan dan jutaan terima kasih dirakamkan kepada Arif Tumin (Coach Arif Roy) atas ilham dan usaha merealisasikan Jelajah Musketeers ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada barisan jurulatih yang sentiasa berdedikasi melatih, membimbing serta menjaga kebajikan para pemain sepanjang kejohanan.
Ucapan terima kasih khusus kepada:
- Md Noor Among
- Talib Karam
Insya-Allah, kejayaan ini akan dijadikan sebagai acara tahunan, dengan sasaran penyertaan seterusnya dalam edisi 2026, sekali gus memperluaskan pendedahan dan pengalaman pelatih Musketeers di peringkat kebangsaan.
Tahniah Anak-Anak Peserta Musketeers
- Mohamad Adam Syawal bin Zamri
- Ahmad Farezhal Ahmad Hisam
- Mohd Johairey bin Johan
- Mohammad Ainuddanial Arrayyan bin Francis
- Isaac Ak Michael
- Muhammad Zaqwan Farhan bin Zulkefeli
- Taufik Fahim bin Talib
- Mohammad Ramadhan Shah bin S. Ahmad
- Muhammad Reyhan Hadrian bin Iswedy
- Muhammad Mah’sah Fathul Islam bin Sahirin
Penyertaan ini membuktikan bahawa dengan ilmu, disiplin dan sokongan komuniti, anak-anak Sandakan mampu melangkah jauh. Inilah semangat “More Than Football” yang terus menjadi nadi perjuangan Musketeers.
Liputan Berita