MusketeersFA

PROGRAM SENTUHAN JUARA : KLINIK BOLA SEPAK KOMUNITI

Lawatan Hormat Musketeers FA ke SK Tanjung Aru, Sandakan

Sandakan, 20 Januari 2026 – Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru, Sandakan telah menerima kunjungan hormat daripada Musketeers Football Academy (MFA) yang diketuai oleh Ketua Jurulatih, Coach Arif Tumin, bersama pihak pengurusan akademi. Lawatan ini disambut oleh pihak sekolah yang diketuai oleh Guru Besar, Tuan Rodzi bin Awang Damit.

Lawatan ini bertujuan membincangkan pelaksanaan Program Sentuhan Juara: Klinik Bola Sepak Komuniti, sebuah inisiatif pembangunan akar umbi yang memfokuskan kepada pencarian dan pencungkilaan bakat terpendam dalam kalangan pelajar, khususnya di kawasan komuniti pulau dan luar bandar.

Perbincangan merangkumi perancangan pelaksanaan klinik bola sepak berstruktur, pendekatan latihan yang selamat dan sesuai peringkat umur, serta peluang pendedahan kepada latihan dan kejohanan pada masa hadapan. Program ini diharap dapat memberi ruang kepada pelajar untuk membina keyakinan, disiplin dan minat mendalam terhadap sukan bola sepak, selari dengan pembangunan sahsiah dan akademik.

Kerjasama ini menandakan kolaborasi rasmi antara Musketeers FA dan SK Tanjung Aru, Sandakan, sejajar dengan usaha bersama memperkukuh pembangunan sukan komuniti dan pembinaan bakat muda. Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen Musketeers untuk membawa peluang latihan berstruktur kepada komuniti yang memerlukan, selari dengan falsafah “More Than Football”.

Musketeers FA berharap Program Sentuhan Juara dapat menjadi platform berterusan dalam membina ekosistem bola sepak akar umbi yang inklusif, berimpak dan memberi harapan kepada generasi muda Sandakan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *