The Musketeers Malaysia merupakan sebuah pertubuhan yang berdaftar secara rasmi di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) atas nama Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi The Musketeer
(No. Pendaftaran: PPM-020-16-14012016).
Pertubuhan ini mempunyai jaringan perhubungan komuniti dan kerjasama antarabangsa yang merangkumi negara-negara ASEAN seperti Singapura, Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Indonesia, Filipina dan Brunei, diikuti jaringan strategik di Jepun dan Korea Selatan. Jaringan ini membuka ruang kepada pertukaran pengalaman, pendedahan antarabangsa serta peluang pembangunan yang lebih luas untuk ahli dan pelatih, selari dengan aspirasi pembangunan belia berteraskan nilai dan kelestarian.
Musketeers Football Academy (MFA) memanfaatkan jaringan strategik ini sebagai platform pembangunan bola sepak akar umbi, dengan Sandakan, Sabah dijadikan sebagai tapak permulaan dan pusat pertumbuhan. Melalui pendekatan latihan yang tersusun, selamat dan berteraskan nilai, MFA memberi tumpuan khusus kepada pembangunan kanak-kanak dan remaja, sebagai asas kepada pembentukan bakat dan sahsiah jangka panjang.
Selain bola sepak, The Musketeers Malaysia juga aktif dalam pembangunan sukan lain di peringkat akar umbi seperti ragbi dan memanah, sejajar dengan komitmen untuk membentuk generasi muda yang sihat, berdisiplin dan berdaya saing, serta mampu menyumbang secara positif kepada masyarakat dan negara.
Musketeers Football Academy (Musketeers FA) dimiliki oleh Musketeers Sportswork Sdn Bhd dan memulakan langkah awal operasinya di Sandakan, Sabah dengan matlamat menyediakan sebuah platform pembangunan bola sepak yang sistematik, berstruktur dan berteraskan nilai, bermula dari peringkat akar umbi.
Pada peringkat awal, Musketeers FA memberi tumpuan kepada pembangunan pelatih seawal usia empat (4) tahun hingga dua belas (12) tahun, sebelum diperluaskan secara berperingkat ke pelbagai kumpulan umur. Perkembangan ini dilaksanakan selari dengan aspirasi Projek I’M Possible Musketeers, yang bertujuan membuka laluan dan pendedahan kepada para pelatih untuk menyertai kejohanan-kejohanan berprestij di peringkat Malaysia.
Dalam memastikan pembangunan yang seimbang dan menyeluruh, Musketeers FA menggariskan pendekatan yang jelas melalui visi, misi dan matlamat akademi. Pendekatan ini menekankan pembangunan bukan sahaja dari sudut teknikal bola sepak, malah turut merangkumi aspek sahsiah, disiplin, pendidikan dan pembentukan jati diri, tanpa mengabaikan keperluan penting dalam proses tumbesaran pemain muda.
Bagi tujuan tersebut, Musketeers Football Club (MFC) telah didaftarkan secara rasmi di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Rantau Sabah, Kementerian Belia dan Sukan (No. Pendaftaran: C-SBH 16976).
Musketeers Football Academy turut berdaftar di bawah SUPARIMAU CHARTER (No. Pendaftaran: FAMSRA-000447), sebuah inisiatif pembangunan bola sepak akar umbi kebangsaan yang diperkasakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Penyertaan ini mencerminkan komitmen Musketeers Football Academy terhadap tadbir urus yang baik, standard pembangunan yang berstruktur serta pematuhan kepada prinsip keselamatan, kualiti latihan dan kebajikan pemain muda. Ia juga menandakan kesungguhan akademi dalam menyelaraskan program pembangunan selaras dengan hala tuju bola sepak negara, khususnya di peringkat akar umbi.
Melalui SupaRimau Charter, Musketeers Football Academy komited untuk:
Penyertaan ini mengukuhkan lagi peranan Musketeers Football Academy sebagai sebuah akademi yang bukan sahaja melatih pemain, tetapi turut membina insan dan masa depan bola sepak Malaysia, bermula dari Sandakan, Sabah.
Menjadi Platform & Medium untuk melahirkan pemain bola sepak yang serba boleh, berdaya maju dan berdaya saing di peringkat kebangsaan & antarabangsa.
Membina, Membangun, Meningkat, Mengetengahkan dan Mengembangkan potensi dan bakat bakal-bakal pelatih di bidang Kesukanan, Keilmuan, Kemahiran, Kekeluargaan & Komuniti melalui platform bola sepak.
– Melahirkan pemain yang berkualiti serta serba boleh dan membentuk sebuah pasukan bola sepak yang kompetetif.
– Melengkapkan dan menerapkan keperluan utama pelatih dibidang pendidikan melalui platform bola sepak.
– Bola sepak mampu mendedah, mengenal pasti dan mengasah potensi dan bakat pelatih di bidang lain bagi melengkapkan pakej diri yang serba boleh dan dinamik.
– Menjadikan bola sepak sebagai aktiviti riadah keluarga seterusnya menarik penyertaan ahli kelurga lain sebagai penyokong & pendorong. Bola sepak juga menjadi medium komunikasi & persekitaran keluarga.
– Membina keyakinan, membentuk identiti dan menghargai diri pelatih bagi memupuk sifat & sikap sebagai seorang yang memimpin dan terpimpin. Menyemai dan menyuburkan sifat empati dan pendedahan pelatih bersama pelbagai jaringan komuniti. (hidupan liar, Alam sekitar, kemasyarakatan- HAK)
Musketeers memiliki Modul dan DNA akademi tersendiri bagi memastikan pembangunan dan pengembangan Musketeers mengikuti acuan serta berada pada landasannya dalam mencapai VISI dan MISI 5K yang digariskan. Modul, model dan DNAnya terkandung melalui inisiatif berikut;