MusketeersFA

Bukan Sekadar
Bola Sepak

Musketeers Football Academy | More Than Football

Mulakan Langkah Kanan Bersama kami

Musketeers Football Academy, menyediakan platform untuk membangun bakat anak-anak muda bermula dari peringkat akar umbi. 

Disini, mereka bukan hanya belajar mengenai bola sepak malah turut didedahkan kepada elemen lain yang akan membantu membina, membentuk dan mengembangkan karakter mereka melalui pembangunan bola sepak komuniti. 

dengan tema bukan sekadar bola sepak (more than football) pastinya akan mengujakan pengalaman baharu buat anak anda. Ibu bapa/penjaga juga tidak ketinggalan, dimana merekalah juga yang akan menjadi antara faktor terpenting dalam perkembangan kerjaya anak mereka bukan khusus di bola sepak malah keperingkat dan bidang lain. 

pelatih semasa
0
jurulatih
0 +
program & aktivti setahun
0 +
sasaran pelatih tahun 2023
0 +

Musketeers FA membina platform untuk mendedahkan dan berkongsi pengalaman kepada para pelatih dalam perjalanan mereka untuk menjadi sesorang yang hebat. 

Program Semasa

Majlis Perasmian

Pada 08 Oktober 2022, Musketeers FA dilancarkan oleh YB Datuk Haji Suhaimi Nasir (Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah) bertempat di Institut Latihan Perindustrian

Mydin- Musketeers Football Fiesta

Pada 20 November 022, Musketeers FA bersama Mydin Sandakan Sabah berkerjasama menganjurkan Football Fiesta bersempena kempen Piala Dunia Qatar 2022. Program turut melibatkan beberapa akedemi dan kelab di sekitar Sandakan. Turut serta beberapa syarikat vendor penyewa Mydin Mall.

ROSE - Musketeers World Cup Fiesta

Aktiviti siaran langsung Piala Dunia Qatar 2022 di restoran Rose Banana Leaf, Bandar Indah Sandakan. Aktiviti ini bermula 20 November hingga 18 Disember 2022.

Teka Bola & Menang RM1,000 baucer tunai Mydin

Sempena Mydin Musketeers football Fiesta, belanja minima RM30 di Mydin Sandakan dalam satu resit dan layak untuk menyertai peraduan teka bola. Tarikh tutp 15 Disember 2022

Musketeers New Year Fun Run 2023

Sertai larian tahun baharu 2023 Musketeers. .