Seawal usia empat tahun ke atas
Ya,kami menerima penyertaan pelatih perempuan.
Yuran pendaftaran ialah RM150.00 Sahaja. Yuran meliputi sehelai TShirt Rasmi Musketeers, Jersey latihan, sebiji bola dan perlindungan takaful kemalangan setahun.
Tiada yuran bulanan dikenakan, namun pelatih diwajibkan untuk menyertai program celik kewangan. Info lanjut akan diterangkan sewaktu sesi penerangan di akademi.
Latihan diadakan di padang ILP Sandakan Sabah.
Sesi latihan rasmi ialah pada jumaat (4.00-5.30 petang) dan Sabtu (7.00-8.30 pagi) setiap minggu atau bergantung kepada makluman semasa dari ketua jurulatih.
Pendaftatan boleh secara online melalui pautan berikut.