Sandakan, 11 Januari 2026 – Program SULAM-PEAK 2026: Performance Evaluation & Athlete Knowledge, anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Musketeers Football Academy, telah berjaya dilaksanakan selama dua (2) hari, bermula 10 hingga 11 Januari 2026, bertempat di Kompleks Sukan Sandakan.
14 September 2023. Bertempat di Bangunan Parlimen Malaysia, Presiden Musketeers FA telah mengadakan pertemuan kepada YB Khairul Firdaus Akbar Khan (Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia). Pertemuan ini bagi membentangkan perkembangan semasa Musketeers FA kepada YBTM dan perancangan bagi tahun 2024.
Dipertemuan ini juga telah membuka kepada beberapa ruang dan peluang kerjasama yang mungkin bersama Kementerian Pelancongan Malaysia bagi beberapa program yang melibatkan kempen promosi pelancongan, industri sukan pelancongan serta peranan yang boleh dimainkan oleh Musketeers FA sebagai sebuah akademi yang bertapak di Sandakan Sabah.
Turut dibincangkan adalah program komuniti di Parlimen Batu Sapi, Program Musketeers di peringkat daerah Sandakan serta pelancaran beberapa inisiatif Musketeers buat daerah Sandakan di tahun 2024.
Terima kasih YB Khairul Firduas Akbar Khan.
Program SULAM-PEAK 2026 membuktikan bahawa integrasi antara institusi pengajian tinggi, akademi sukan dan komuniti mampu mewujudkan satu ekosistem pembangunan atlet yang holistik, selari dengan falsafah “More Than Football” dan visi 5K Musketeers.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Ini hanyalah permulaan.