Pada 08 Oktober 2022, Musketeers FA dilancarkan oleh YB Datuk Haji Suhaimi Nasir (Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah merangkap Ahli Parlimen Libaran) bertempat di Institut Latihan Perindustrian.
Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Pengarah ILP Sandakan iaitu Y.Brs Hj Mohd Raris Bin Mohamed Yusof.
Bersempena majlis ini turut diadakan perlawanan persahabatan di antara pasukan pilihan Musketeers, pilihan ILP Sandakan dan Pemain gabungan kelab-kelab Sandakan. Diperlawanan persahabatan ini juga turut dihadiri oleh pemain lagenda Sabah yang juga merupakan Ketua Jurulatih Belia Sabah FC iaitu Coach Jelius Ating.
Turut diadakan pada majlis yang sama adalah pengenalan dan penyerahan replika pelan perlindungan rasmi Musketeers iaitu Takaful Kasih Plus AGRO BANK yang disampaikan sendiri oleh Pengurus AGROBANK Cawangan Sandakan.