MusketeersFA

pembangunan iNsan

Program Pembangunan Insan merupakan sebuah inisiatif yang dirangka secara holistik dan berterusan bagi mengenal pasti, mengasah serta membentuk potensi pelatih secara menyeluruh. Program ini bertujuan menyediakan pelatih agar mampu menempatkan diri dengan yakin dalam kelompok masyarakat, merentasi pelbagai bidang yang diceburi, dan tidak terhad kepada fokus kesukanan (bola sepak) semata-mata.

Modul dan model pembangunan yang dirangka adalah bersifat jangka panjang, bermula seawal usia empat (4) tahun dan berkembang seiring dengan fasa pembesaran pelatih — sama ada melangkah ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi (institusi pengajian tinggi) mahupun memasuki dunia pekerjaan dan kerjaya.

Selain matlamat Kesukanan, para pelatih turut didedahkan dan diperkenalkan kepada matlamat pembangunan lain yang terkandung dalam Misi 5K Musketeers, bagi memastikan keseimbangan antara prestasi sukan, pembentukan sahsiah dan persediaan masa depan.

Kami menitik beratkan perkembangan dan kemajuan pelatih dibidang pendidikan agar tiada yang tercicir dalam arus pendidikan perdana. kami mengutamakan progres kemajuan berbanding mensasarkan kecemerlangan mereka sebagai galakan agar pelatih kekal dan fokus dalam bidang pendidikan.

Program ini dirangka sebagai platform pendedahan dan mengasah bakat, Kemahiran dan memcipta peluang kerjaya kepada pelatih yang bukan hanya berasaskan sukan malah dilengkapi dengan elemen Kemahiran lain. Program yang dipilih ini menjadi asas kepada pembinaan kerjaya mereka kelak.

Program kekeluargaan dianjurkan sebagai penyokong, pendokong dan pendorong kepada pembangunan dan perkembangan pelatih. Program ini juga menjadi platform silaturrahim serta ukhwah antara pelatih, ibubapa dan keluarga.

Musketeers Football Academy sedar betapa pentingnya pendedahan pelatih kepada persekitaran. Di Musketeers, kami mewujudkan suasana yang prihatin, cakna dan peka kepada nilai-nilai kemanusiaan. Oleh itu, kami telah merangka Program HAK (Hidupan liar, Alam sekitar dan Kemasyarakatan) sebagai program untuk membina dan membentuk jati diri yang menjadi pelengkap kepada keperibadian mereka. Berikut adalah program yang telah dirancang dan dari masa ke semasa akan ditambah baik.