MusketeersFA

PROGRAM ILMU ON PITCH

MEMBINA PELATIH SERBA LENGKAP BERTERASKAN 5K

Membina Pelatih Serba Lengkap Berteraskan 5K, TVET, STEM & Kerjaya

ILMU ON PITCH ialah inisiatif strategik Musketeers Football Academy yang dirangka bagi melahirkan pelatih serba lengkap — bukan sahaja cemerlang di atas padang, malah seimbang dari sudut ilmu, sahsiah, kepimpinan, kekeluargaan dan kerjaya, selari dengan falsafah 5K Musketeers.

Menerusi program ini, bola sepak dijadikan sebagai platform pendidikan dan pembangunan insan, di mana latihan sukan digabungkan dengan pendidikan STEM, kemahiran TVET, pensijilan profesional serta perancangan kerjaya, bagi mempersiapkan pelatih menghadapi cabaran masa depan secara holistik.

Kolaborasi Pintar Bersama IPT, TVET & STEM

ILMU ON PITCH dilaksanakan melalui kolaborasi pintar antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT), institusi TVET, rakan industri STEM dan Musketeers Football Academy, berteraskan platform bola sepak sebagai satu inisiatif tanggungjawab sosial (CSR) kepada komuniti setempat.

Kolaborasi ini bertujuan untuk:

 

  • Menghubungkan bakat sukan dengan pendidikan akademik, TVET dan STEM
  • Memberi pendedahan awal kepada kerjaya berasaskan sains, teknologi dan inovasi
  • Menyediakan laluan alternatif dan realistik kepada pelatih, sama ada dalam atau luar industri sukan.
  • Membina ekosistem pembangunan belia yang progresif dan berdaya saing

Empat (4) Teras Utama ILMU ON PITCH

inisiatif csr

Pelaksanaan tanggungjawab sosial bersama yang memberi manfaat langsung kepada komuniti setempat, khususnya dalam pembangunan belia, pendidikan dan sukan akar umbi.

Latihan & kemahiran, TVET & STEM

Pembangunan modul bersepadu yang merangkumi:

  • STEM dalam sukan (sains sukan asas, analisis prestasi, teknologi latihan, data & kecergasan)
  • TVET berkaitan sukan (kejurulatihan, pengurusan acara, kecergasan, fisioterapi asas, media & pemasaran sukan)
  • Kemahiran insaniah (kepimpinan, komunikasi, kerja berpasukan, penyelesaian masalah)
  • Pendedahan kemahiran teknikal dan vokasional mengikut minat dan potensi pelatih

manfaat bersama

Penyediaan peluang pensijilan, sijil kemahiran dan pengiktirafan kompetensi melalui kerjasama IPT, institusi TVET dan rakan STEM, di samping perkongsian kepakaran, fasiliti dan sumber untuk memperkasa manfaat bersama di lapangan.

usahasama & Laluan Kerjaya

Penerokaan peluang usahasama strategik dalam pembangunan modal insan, termasuk:

  • Laluan kerjaya dalam industri sukan (jurulatih, pegawai teknikal, pengurusan pasukan)
  • Laluan kerjaya berasaskan TVET dan STEM (teknologi, data, kejuruteraan, kecergasan, media digital)
  • Pendedahan industri, latihan praktikal, keusahawanan sosial dan inovasi belia.

Langkah awal telah dimulakan bersama Institut Latihan Perindustrian Sandakan (ILP) pada tahun 2022 dan kini Musketeers sedang giat & aktif meneroka usaha ke beberapa IPT lain.