MusketeersFA

PROGRAM JALINAN KASIH

Membina Bakat, Membentuk Karakter, Memupuk Kepimpinan

Pulau Tg Aru Sandakan – 23 Januari 2026, satu pertemuan penuh makna telah berlangsung bersama Ketua Kampung, Imam dan Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Tanjong Aru. Pertemuan ini menjadi titik mula kepada jalinan silaturrahim, kepercayaan dan kerjasama demi kebaikan masyarakat setempat.

Sesi perbincangan ini menghimpunkan suara dan harapan komuniti dalam membincangkan usaha kebajikan serta inisiatif pembangunan yang berteraskan keprihatinan, kebersamaan dan tanggungjawab sosial.

Bagi Musketeers Football Academy, inisiatif ini turut berperanan sebagai platform pendedahan program kemasyarakatan kepada para pelatih — mendidik mereka untuk memahami nilai empati, disiplin, kepimpinan dan tanggungjawab sosial. Pendekatan ini menegaskan bahawa pembangunan seorang pemain tidak hanya terhad kepada latihan di padang, tetapi turut dibentuk melalui pengalaman di luar padang.

Program-program non-football ini dirangka sebagai sokongan kepada pembinaan jati diri, kekuatan mental dan karakter pelatih, yang akhirnya menjadi asas penting kepada prestasi, kematangan dan daya saing mereka di dalam padang nanti.

Lawatan dan silaturrahim ke Masjid Kampung Tanjong Aru ini melambangkan bahawa kekuatan sebenar sesebuah pasukan lahir daripada hubungan yang tulus, nilai yang kukuh dan kesediaan untuk memberi kembali kepada masyarakat.

Kerana bagi kami, bola sepak hanyalah permulaan.

Yang lebih utama adalah manusia, nilai dan jalinan kasih yang membina masa depan.

Musketeers – More than Football

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *