Rakan strategik dan penaja
JADI SEBAHAGIAN RAKAN KERJASAMA KAMI?

Musketeers Football Academy mengalu-alukan sebarang tajaan dan kerjasama strategik bersama kami. Sebagai manfaat secara menang-menang, kami menawarkan ruang penjenamaan, pemasaran, penghebahan dan publisisti organisasi anda melalui platform MUSKETEERS.
Ketahui bagaimana kami membolehkan jenama/produk anda dapat menempatkan diri dalam kelompok masyarakat (Kumpulan sasar) serta menjadikan kehadiran (organisasi, jenama atau produk anda) dirasai dalam komuniti.
Kepada yang berminat, sila emailkan profil syarikat/organisasi anda untuk kami kongsikan KIT PENAJAAN kepada anda.
KIT PENAJAAN ini mengandungi maklumat 5 MANFAAT, 9 KELEBIHAN, 4 PAKEJ DAN LEBIH 17 TAWARAN yang direka untuk memenuhi keperluan organisasi anda sebagai penaja/rakan strategik.
Email kepada : musketeersfa@gmail.com
Nota : Kami sediakan ruang untuk konsultansi bagaimana kami akan membawa jenama dan meningkatkan ROI anda melalui projek komuniti kami.
ILP SANDAKAN | RAKAN STRATEGIK
Musketeers berkolaborasi dengan ILP Sandakan melalui Program ILMU ON PITCH.
Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sandakan, Sabah merupakan salah sebuah institusi latihan di bawah kelolaan Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia, Malaysia. Institusi ini telah mula dibina pada bulan November 2002 di bawah Projek Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) dan telah siap sepenuhnya pada awal tahun 2005 di mana Sijil Akaun Siap Kerja (CPC) telah pun dikeluarkan pada 5hb Februari 2005.
Teras utama ILP Sandakan adalah untuk memberi latihan kemahiran secara formal kepada belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pekerja-pekerja sektor industri dan orang perseorangan bagi mendapatkan kemahiran dalam bidang-bidang yang tertentu yang ditawarkan menerusi program latihan sepenuh masa dan separuh masa. Secara geografinya, ILP Sandakan terletak di Jalan Sibuga, Batu 5, Sandakan berdekatan dengan Jabatan Penjara Sandakan dan bersebelahan dengan Komplek Sukan Sandakan.
ONEXOX FOOTBALL SERIES | PENAJA
ONEXOX Sejati Walk menjadi Rakan Penaja Utama bagi Musketeers Footbal Academy untuk sesi tahun 2022/2025. Penajaan ini merangkumi tajaan tahunan yang akan menjadi antara nadi utama kepada sokongan kewangan akademi untuk mengharungi perjalanan awal dan panjang bagi musim 2022/2025.
ONEXOX Sejati Walk dirintis oleh Genone Group akan turut berserta dipelbagai aktiviti akademi bagi pemanfaatan bersama disamping membantu akademi yang akan turut menawarkan pakej dan pelan istimewa bagi kumpulan sasar di daerah Sandakan dan sekitarnya.
Antara pelan menarik mereka ialah tawaran simpack prepaid kredit luput 28 bulan tanpa sebarang komitmen bulanan. Selain itu mereka juga menawarkan pelan BLACK bebas kontrak dan deposit. Kepada yang berminat boleh menghubungi wakil rasmi ONEXOX Sejati Walk di talian 0115-666 6615, 016-8003732 atau 012-8068394.
Bagi tahun 2022 ONEXOX telah memperkenalkan edisi khas ONEXOX FOOTBALL SERIES meliputi kelab Kedah FC, Penang FC, KL CITY FC, Pahang FC, Negeri Sembilan FC, Kelantan United dan Kuching United.
Insya-Allah dalam masa terdekat Musketeers bersama ONEXOX akan memperkenalkan edisi khas ONEXOX-MUSKETEERS FA.
QIU STICKERS | PENAJA
Qiu Stickers ialah syarikat yang memiliki kepakaran dalam bidang grafik dan percetakan dalam penghasilan pelbagai jenis sticker, banner, banting, backdrop, billboard dan pelbagai jenis papan tanda mengikut keperluan dan kehendak pelanggan.
Mula ditubuhkan pada januari 2013 dan beroperasi di Bandar Utama IJM Batu 6 Sandakan. Dimiliki oleh usahawan berjaya iaitu en Roslan Bin Rasid.
Kini syarikat ini menjadi buruan atau pilihan setiap pengemar kumpulan atau perseorangan yang meminati kelainan atau seni sticker yang dihasilkan melalui sentuhan syarikat ini. Tidak ketinggalan juga usahawan atau sektor kerajaan yang menginginkan khidmat mereka dalam penghasilan, pembuatan dan percetakan banner, banting, wallpaper, billboard mahupun papan tanda
RAFIK2U | RAKAN KOMUNITI
Muhd Rafik adalah seorang anak muda berasal dari Kg Sim-Sim Sandakan. Beliau yang meminati bidang fotografi banyak meluangkan masa lapangnya dengan merakamkan gambar-gambar yang ikonik bagi perkongsian kepada warga Sandakan khususnya. Hasil karyanya mendapat perkongsian yang tinggi di media sosial.
Beliau juga seorang freelancer yang membaiki peralatan komputer peribadi di sekitar Sandakan.
Selain itu, beliau turut menawarkan khidmat jurufoto majlis kahwin dan anda boleh mendapatkan khidmatnya di 0111-9044885.