Sekolah bola
PERINGKAT 1 | KIDS TEAM (4-6 TAHUN)
ASAS BOLA SEPAK
- Asas, pengenalan dan pendedahan bola sepak kepada pelatih.
- Meransang dan memupuk minat pelatih dalam bola sepak.
- Persekitaran latihan yang menyeronokkan untuk meningkatkan keterujaan pelatih dalam bola sepak.
- 3 Motor Skills (Grass Motor Skills, Fine Motor Skills, Perceptual Motor Skills)
PERINGKAT 2 | MUSKET TEAM (7-9 TAHUN)
PENEROKAAN BAKAT & KEMAHIRAN
- Pemahaman ilmu pengetahuan dibidang bola sepak mengenai teknik dan kemahiran bola sepak
- Mengenal pasti bakat dan membina kemahiran baharu pelatih.
- Pemahaman mengenai corak permainan pasukan
- Penerapan dan pengaplikasian kaedah, teknik dan kemahiran latihan bola sepak.
PERINGKAT 3 | ELITE TEAM (10-16 TAHUN)
PEMBANGUNAN DAN PENINGKATAN PRESTASI
- Penyertaan dan pendedahan kepada pelbagai perlawanan dan kejohanan bola sepak.
- Menimba pelbagai pengalaman melalui siri perlawanan, pertandingan dan kejohanan.
- Persediaan dan pendedahan kepada peringkat perlawanan yang lebih kompetetif,
- Pembelajaran mengenai persediaan pasukan untuk perlawanan dan kejohanan.
- Pemahaman, pendedahan dan pengaplikasian ilmu taktikal dan strategi perlawanan.
PERINGKAT 4 | FIRST TEAM (17++ TAHUN)
FOKUS KEPADA KEBERHASILAN DAN PENCAPAIAN
- Mengutamakan komitmen dan prestasi sebagai pemain dan pasukan.
- Bertanding dipelbagai peringkat kejohanan.
- Penekanan kepada keberhasilan dan pencapaian pasukan
- Pemupukan sikap yang positif, berdisiplin tinggi dan bermain dengan minda Juara.
- Platform terbaik untuk menempatkan diri dan terpilih menyertai pasukan-pasukan yang bertanding di kejohanan rasmi Negeri & Kebangsaan
i. LATIHAN BERMODUL (SEPANJANG TAHUN)
- Modul dan model latihan diolah sesuai mengikut peringkat umur serta mengambil kira potensi semasa pelatih.
- Latihan pelatih akan catatkan mengikut sesi latihan bermodul dan direkodkan jam latihan mereka
- Pemantauan perkembangan pelatih boleh diaksess secara berkala bagi membantu progres kemajuan mereka
ii. KLINIK BOLA SEPAK
- Program separuh hari yang akan memperkenalkalkan asas dan teknik bola sepak. Diakhir program akan meningkatkan keyakinan pelatih untuk 1-on-1 dengan pasukan lawan
iii. KEM CUTI SEKOLAH BOLA SEPAK
- Kem cuti sekolah selama 3 Hari 2 Malam
- Modul latihan meliputi asas pembangunan bola sepak, rutin harian atlet, pemakanan ideal, program akademik serta komuniti setempat
iv. MUSKETEERS MASTERY SKILLS
- Selain asas bola sepak, Musketeers menyediakan program mastery bola sepak yang lebih fokus kepada pengasahan bakat individu
v. FOOTBALL IMPACT TRAINING (FIT)
- Program berkala 6 bulan untuk pendedahan dan membantu pelatih yang ingin meneroka bola sepak sebagai kerjaya profesional
vi. KARNIVAL SAINS SUKAN MUSKETEERS
- Karnival sains sukan bola sepak. Berkerjasama dengan institusi pengajian tinggi awam bagi pendedahan kepada ibubapa mengenai program dan modul sains sukan di Malaysia