MusketeersFA

PENGHARGAAN | MUSKETEERS MEMBINA JARINGAN KOMUNITI

Sepanjang tahun 2022, Musketeers giat membina jaringan komuniti dengan beberapa pihak pemimpin masyarakat, individu, agensi kerajaan, swasta termasuk kumpulan NGO.

Jaringan komuniti ini adalah sebagai medium untuk bersilaturahim bagi berkongsi pentingnya usaha komuniti ini digerakkan secara berjemaah samada dengan penglibatan secara langsung mahupun tidak langsung daripada pelbagai pihak berkaitan.

Musketeers percaya usaha-usaha komuniti ini perlu dilaksanakan secara berganding bahu dengan menggembleng tenaga bersama. Pendekatan 3C (Don’t Compete, Always Completing & Compliment) selalu ditekan dan dikongsikan oleh Presiden Musketeers. Beliau percaya ikhtiar komuniti ini hanya akan berjaya jika digerakkan secara bergotong royong.

Tahun 2023 ini, pastinya Musketeers akan meneruskan usaha-usaha yang telah dirintis dengan melanjutkan perbincangan-perbincangan dan akan diterjemahkan sebagai sebuah program dan projek bagi tahun 2023/2024.

 

Tn Presiden En Hardy Pudar merakamkan terima kasih kepada pelbagai pihak yang sudi menerima kunjungan Musketeers Football Academy. Jika ada rezeki, dapat berkongsi rasa, boleh sepakat, insya-Allah kami melanjut usaha untuk meneroka kerjasama.