MusketeersFA

KURSUS KEJURULATIHAN FAM AKAR UMBI (GRASSROOT COURSE)

04 – 06 Februari 2022 : Sebagai usaha untuk meningkatkkan keberhasilan teknik pelatihan bola sepak di akademi, Musketeers telah menghantar dua orang jurulatih baharu iaitu Coach Nisam Dandi dan Coach Md Noor Among untuk menyertai Kursus Kejurulatihan FAM Akar Umbi anjuran SAFA Kinabatangan.

Pihak akademi komited untuk melahirkan lebih ramai lagi jurulatih yang bertauliah. Sebagai tanda komitmen dan penghargaan, Musketeers menaja penyertaan jurulatih ke kursus-kursus yang berkaitan.