MusketeersFA

EKSPO INDUSTRI SUKAN SABAH 2023

Ekspo Industri Sukan Sabah 2023 telah melabuhkan tirainya. Ekspo yang dianjurkan pada 02 dan 03 September 2023 ini menghimpunkan pelbagai kumpulan yang bergiat aktif dalam industri sukan termasuk kelab sukan, pertubuhan dan syarikat-syarikat pembekalan termasuk syarikat penganjuran acara.

Ekspo ini telah dirasmikan oleh YB Hannah Yeoh Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Pelbagai instentif, bantuan geran sokongan telah disampaikan kepada pengiat industri sukan di Sabah sempena ekspo ini.

Musketeers Football Academy turut dijemput dan telah menyertai Persidangan Industri Sukan Sabah yang turut diadakan bersempena ekspo ini. Jemputan ini penting buat Musketeers di mana kehadiran kami di dalam industri sukan telah mula dirasai. Agensi kerajaan dan swasta mula memberi perhatian dengan pembangunan yang diusahakan oleh Musketeers dan ini telah menarik minat kepada agensi swasta untuk turut serta dalam khidmat komuniti melalui Musketeers.

Sepanjang persidangan tersebut banyak maklumat, tips dan panduan berguna dikongsikan oleh ahli panel. Persidangan ini juga telah memberi gambaran dan halatuju yang lebih jelas kepada Musketeers dalam usaha untuk membolehkan akademi ini berdaya saing dan ke arah berdikari dalam aspek pendanaan.

Dikesempatan program ini juga, Musketeers telah memanfaatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta dengan membina dan meneroka jaringan perhubungan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *