MusketeersFA

PENEROKAAN KERJASAMA BERSAMA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

05 September 2023, Musketeers telah mengadakan perjumpaan bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS). Perjumpaan ini bagi membincangkan usaha membina jaringan komuniti dan kerjasama yang boleh dirintis antara Musketeers dan UMS bagi program-program komuniti terutamanya di bidang bola sepak.

Dalam perbincangan awal ini, beberapa fakta dan maklumat menarik dapat dikongsikan bersama di antara dua belah pihak. Diakhir perbincangan Musketeers dan UMS telah bertemu beberapa titik kesepakatan yang akan disusul semula bagi diterjemah kepada Program Kolaborasi Komuniti Musketeers Dan UMS.

Terima kasih kepada Y.Bhg Prof. Dr Murnizam (Dekan Fakulti Psikologi & Pendidikan), turut bersama barisan pensyarah yang UMS yang mempunyai kepakaran dibidang masing-masing iaitu Dr. Roslee Bin Talip (Timb Dekan hal Ehwal Pelajar), Dr. Md Safwan Bin Samsir (Ketua Program Sains Sukan), Pn Zuliana Bacho (Pensyarah Sains Sukan) dan En Abdul Mu’iz Bin Nor Azmi (Pensyarah Sains Sukan). 

Terima kasih kerana  sudi menerima kunjungan kami. InshaaAllah, program pertama susulan dari perbincangan ini akan dilaksanakan pada akhir tahun ini bertempat di Sandakan Sabah.

 

Terima kasih UMS. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *