MusketeersFA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SANDAKAN FM

Demi komuniti. Demi generasi masa depan.

2 Februari 2026 | RTM Sandakan

Delegasi Musketeers Football Academy telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Sandakan FM pada jam 2.00 petang, diketuai oleh Presiden bersama Coach Arif dan Coach Dasri.

Rombongan telah disambut oleh Encik Lin Wunfu Silas, Pengurus dan Penerbit Rancangan Sandakan FM, serta barisan penyampai radio DJ Wan, DJ Nur dan DJ Asnita. Para peserta diberi pendedahan secara langsung mengenai pengurusan siaran, peranan penyampai radio serta proses di sebalik tabir penerbitan rancangan.

Lawatan ini membuka ruang pembelajaran baharu di luar padang, memperkenalkan pelatih kepada dunia komunikasi dan penyiaran sebagai salah satu cabang potensi masa depan.

Apabila Musketeers FA dan Sandakan FM bergabung tenaga, matlamatnya jelas — membina masa depan anak-anak muda melalui perkongsian ilmu dan kolaborasi komuniti. Setiap pengalaman yang diberikan hari ini adalah asas kepada keyakinan dan peluang mereka pada masa hadapan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *