Musketeers Football Academy telah mengadakan lawatan rasmi ke Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC) sebagai langkah awal kerjasama strategik antara sukan dan pemuliharaan alam sekitar.
Delegasi diketuai oleh Presiden Musketeers FA, Hardy Pudar bersama Coach Dasri, dan disambut oleh pengurusan BSBCC yang diketuai Dr. (Hons) Wong Siew Te. Pertemuan ini membincangkan peranan bola sepak sebagai medium pendidikan dalam membina kesedaran tentang pemuliharaan Beruang Matahari, kelestarian alam serta pembangunan karakter pelatih.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen Musketeers FA untuk melahirkan generasi muda yang bukan sahaja cemerlang dalam sukan, malah prihatin terhadap alam sekitar, selari dengan semangat “More Than Football”.