MusketeersFA

PENYERTAAN MUSKETEERS FA SEBAGAI AHLI GABUNGAN PBDS SANDAKAN | 01 MAC 2026

Musketeers Football Academy telah mengadakan kunjungan hormat ke Persatuan Bola Sepak Daerah Sandakan (PBDS) dalam usaha memperkukuh hubungan strategik serta memperkasa pembangunan bola sepak akar umbi di daerah ini.

Delegasi Musketeers diketuai oleh Presidennya, Hardy Pudar, bersama barisan kejurulatihan iaitu Coach Arif Tumin (Ketua Jurulatih), Coach Dasri Paddu, Coach Talib Rakam, Coach Itnes Kalang dan Coach Mohd Noor Among.

Manakala pihak PBDS diwakili oleh Presidennya, En Farizal Bin Setoh, serta Hj Rusli Hassan (Naib Presiden 1).

meneroka potensi jalinan kerjasama strategik demi manfaat pembangunan bola sepak di Sandakan.

Dalam sesi perkongsian, Hardy Pudar memperkenalkan tema utama Musketeers iaitu “Bukan Sekadar Bola Sepak”, yang berteraskan konsep 5K merangkumi: Kesukanan, Keilmuan, Kemahiran, Kekeluargaan & Komuniti.

Beliau menegaskan bahawa pembangunan pemain muda tidak hanya tertumpu kepada kemahiran di padang, malah turut melibatkan pembentukan sahsiah, kepimpinan, pendidikan dan jaringan komuniti yang kukuh.

Sementara itu, En Farizal Bin Setoh menyatakan rasa teruja dan mengalu-alukan kehadiran Musketeers di Sandakan. Beliau turut memaklumkan bahawa Musketeers Football Academy telah diterima sebagai ahli Gabungan PBDS, sekali gus memperkukuh kedudukan akademi dalam ekosistem bola sepak daerah.

Tambah beliau lagi, PBDS bersedia menjadikan akademi ini sebagai role model, berdasarkan pencapaian dan keupayaan semasa yang telah ditunjukkan melalui pelbagai program pembangunan serta jaringan kerjasama yang aktif.

Kunjungan hormat ini diharap menjadi titik permulaan kepada kolaborasi yang lebih erat dan berimpak tinggi dalam melahirkan generasi pemain bola sepak yang berdaya saing, berilmu dan berakhlak di daerah Sandakan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *