MusketeersFA

LANGKAH BARU MUSKETEERS KE ARAH USAHAWAN SOSIAL SUKAN-INSKEN

Kuala Lumpur, 31 Mac 2026 – Susulan kejayaan Bengkel Industri Sukan INSKEN, seramai 17 peserta terpilih dari seluruh Malaysia telah dipilih untuk menyertai Program Bangkit Bimbingan Usahawan selama tiga bulan, yang dikendalikan oleh pakar industri dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). Program ini memberi bimbingan berfokus kepada pembangunan perniagaan sukan yang mampan serta berimpak tinggi kepada komuniti.

Musketeers Football Academy terus melangkah ke hadapan apabila diwakili sendiri oleh Presidennya sebagai peserta dalam program ini. Penyertaan ini mencerminkan komitmen akademi dalam memperkukuh strategi, kepimpinan dan hala tuju sebagai sebuah entiti sukan berteraskan social enterprise yang memberi impak kepada masyarakat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *