MusketeersFA

KE ARAH KOLABORASI STRATEGIK: MUSKETEERS & UMS PERKUKUH JALINAN MENUJU MOA

Susulan daripada kejayaan pelaksanaan Program SULAM PEAK, satu langkah strategik kini sedang digerakkan ke peringkat seterusnya.

Musketeers Football Academy bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam perancangan untuk memperkukuh jaringan kerjasama ke arah pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) yang lebih menyeluruh dan berimpak tinggi.

Antara fokus utama kerjasama yang dibincangkan meliputi:

  • Kajian dan penyelidikan dalam bidang sains sukan
  • Pemanfaatan teknologi dalam pembangunan atlet
  • Peningkatan prestasi melalui pendekatan saintifik dan analisis prestasi
  • Profiling serta pendataan pemain secara sistematik dan berstruktur
  • Pembangunan bakat akar umbi serta laluan kerjaya atlet

Perbincangan ini telah berlangsung antara Presiden Musketeers dan Puan Zuliana Bacho, Pensyarah UMS merangkap Ketua Program, bersama barisan pensyarah Fakulti Sains Sukan UMS iaitu Dr. Frederick Josue Frederick Mojilon, Dr. Jorrye bin Jakiwa dan Prof. Madya Dr. Pathmanathan A/L Suppiah.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen bersama dalam membangunkan ekosistem sukan yang lebih profesional, berasaskan ilmu serta berdaya saing di peringkat lebih tinggi.

Musketeers – Membina Sistem, Mencipta Masa Depan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *