MusketeersFA

JURULATIH MUSKETEERS PERKASA ILMU DI UMS

Satu langkah ke hadapan dalam membina kekuatan sebenar di sebalik kejayaan di padang.

Pasukan kejurulatihan Musketeers yang diketuai oleh Coach Arif Tumin telah mengadakan lawatan ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi menimba ilmu dan pengalaman dalam bidang kecergasan, sains sukan serta pembangunan prestasi atlet.

Lawatan ini dibimbing oleh Pn. Zuliana Bacho (Pensyarah UMS) yang membawa para jurulatih meninjau fasiliti dan gym Fakulti Sukan UMS. Di sini, para jurulatih berpeluang melihat sendiri penggunaan peralatan terkini yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi dan keupayaan atlet secara menyeluruh.

Lebih bermakna, sesi ini turut diserikan dengan perkongsian ilmu oleh Pensyarah Kanan, Prof. Madya Dr. Pathmanathan A/L Suppiah yang menekankan kepentingan motor skills dalam latihan akar umbi. Asas inilah yang menjadi tunjang kepada pembangunan pemain yang bukan sahaja berbakat, tetapi juga seimbang dari segi fizikal dan teknikal.

Perjalanan ini bukan sekadar lawatan, tetapi satu pelaburan ilmu demi melahirkan generasi atlet yang lebih bersedia, berilmu dan berdaya saing.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *