26 & 27 November 2022. Musketeers telah menghantar dua pasukan ke pertandingan Misi Mencari Ronaldo di dataran Harbour Mall Sandakan. Kejohanan ini dianjurkan Hotel Elopura dan turut dirasmikan sendiri oleh Pemilik Hotel Elopura iaitu Y.BHg Datuk Md Efendi.
Dikejohanan ini, pasukan Musketeers menamatkan saingan di kelompok 8 terbaik. Tahniah dan terima kasih kepada para pemain dan juga jurulatih yang mengiringi iaitu Coach Nisam Dandi dan Coach Md Noor.