Membina Persekitaran Positif, Membentuk Potensi Anak
31 januari 2026 | Sandakan
Musketeers Football Academy telah menganjurkan program Parents Environment and Kids (PEAK) sebagai platform perjumpaan bersama ibu bapa bagi berkongsi hala tuju akademi bagi tahun 2026.
Melalui sesi ini, pihak pengurusan telah membentangkan perancangan program dan aktiviti yang bakal dilaksanakan, termasuk inisiatif pembangunan pelatih dari aspek teknikal, sahsiah dan akademik.
Program PEAK turut menyeru penglibatan aktif ibu bapa dalam membina persekitaran yang positif, menyokong perkembangan emosi dan motivasi anak-anak, serta membantu mereka membina keyakinan diri, disiplin dan daya tahan dalam menghadapi cabaran.
Pendekatan ini menegaskan bahawa kejayaan seorang pelatih bukan hanya bergantung kepada latihan di padang, tetapi juga sokongan dan suasana kondusif di rumah.